web 2.0

Friday, April 23, 2010

Kenapa Nabi atau Rasul juga berumahtangga ?

Petang tadi ana telah berusrah dengan sahabat-sahabat yang lain di rumah Doktor Abdullah Azahari. Gelaran doktor untuk sahabat ana kerana dia adalah seorang pelajar Perubatan di Universiti Ain Syam, Kaherah. Tiba pada jam 11 pagi dan pulang pukul 5 petang. setelah berusrah, ana dan sahabat ana yang lain dijamu dengan Nasi Minyak yang berlaukkan ayam masak cili pedas dan ayam kari. Boleh dikatakan semua yang ada bersama termasuk ahli rumah turut menambah kerana dijamu dengan masakan yang pedas. Jutaan ucapa Terima Kasih kepada ahli rumah di atas layanan mesra.

Sebenarnya, apa yang mahu diutarakan di sini sebenarnya adalah satu perbahasan mengenai Tafsir Al-Qur'an yang telah ditugaskan kepada Doktor Abdullah mengenai ayat 33 hingga 44 Surah Ali Imran. Dalam ayat ini, sentiasa menyebut mengenai perjuangan Nabi-Nabi yang terdahulu sebagai menghiburkan Nabi Muhammad S.A.W yang sedang diasak dan ditentang keras oleh musuh-musuh Islam ketika itu.

Apa yang ana mahu utarakan, MENGAPA RASUL-RASUL TERDAHULU BAHKAN NABI MUHAMMAD S.A.W. SENDIRI INGIN BERUMAHTANGGA DAN MAHUKAN ZURIAT?

Antara yang disebut dalam ayat ini ialah Nabi Zakaria inginkan seorang anak yang soleh lalu diperkenankan oleh Allah S.W.T dengan mengurniakan seorang anak yang diberi nama Yahya. Begitu juga dengan Imran dan isterinya Hunnah binti Faruq lalu dikurniakan Mariam iaitu emak kepada Nabi Isa A.S.

Sebenarnya, apa yang boleh disimpulkan, Para Nabi mahu melahirkan generasi yang membawa risalah Islam kepada masyarakat masa akan datang sebagai penerus dan pelapis dalam membentuk umat. Bahkan, mereka juga memastikan diri mereka, isteri, dan anak-anak mereka diwakafkan untuk Islam sebagai contoh teladan kepada orang lain.

Itulah yang perlu dilakukan oleh kita dalam membina seorang yang berperibadi Muslim, seterusnya Keluarga Islam, seterusnya Masyarakat Islam, seterusnya Negara Islam, dan seterusnya Khalifah Islam.

Kita boleh ambil contoh, Saidah Fatimah Az-Zahra' anak Rasulullah S.A.W sentiasa menghiburkan ayahnya, bermesra, membantu dalam setiap masa, sentiasa mengambil berat mengenai pakaian, makanan, belaian kasih sayang, dan sebagainya terhadap ayahnya bahkan terhadap ahli keluarganya iaitu suaminya Saidina Ali bin Abu Talib dan anak-anaknya iaitu Zainab, Hassan, dan Hussein. Bagaimana? Adakah mereka mesra dan bahagia? Pada masa yang sama, mereka sentiasa sibuk dalam memperjuangkan agama Allah. Bagaimana pula dengan kita?

Jadi, ayuhlah kita bersama-sama membentuk keluarga yang berasaskan Islam dan berusaha melahirkan generasi yang sentiasa mengambil berat mengenai umat Islam. InsyaAllah....


Masjid Nur yang tersenggam indah menjadi tempat sembahyang Jumaat
sebelum majlis


Menunggu Doktor Abdullah sambut....


Memang letih jalan jauh.... Naik bas setengah jam jer


Persiapan terakhir sebelum mula majlis


berkongsi dan mengutip mutiara-mutiara ilmu bersama sahabat-sahabat


Ust Abdullah Amir, Ust Azidi, dan Ust Abd Halim


Doktor Abdullah, Ust Azuwan, dan Ust Faizzuddin khusyuk...


Ust Halim, Naqib yang senyum selalu


Pastikan diri untuk Islam

Monday, April 12, 2010

One Malaysia One Israel


Membantah APCO Worldwide dan hubungannya dengan Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO dan Barisan nasional yang meletakkan keselamatan serta kedaulatan negara terancam .

Marilah memberi sokongan kepada pemuda-pemuda Pakatan Rakyat dalam menentang musuh Islam

Selamat Berjuang !!! Takbirr....

Berita seterusnya, silalah rujuk blog Ust Ustaz Nasrudin Hassan. klik di sini

Saturday, April 10, 2010

Perjalanan Pilihanraya PMRAM yang telus dan cekap




Salam Mujahadah untuk PMRAM dan bakal-bakal menjadi Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang akan diisytiharkan dalam Muktamar nanti. Proses perjalan yang cekap lagi telus yang diketuai oleh Ustaz Rafzan dan pembantu utamanya Ustaz Fairuz. Tahniah ana ucapkan dengan khidmat yang dicurahkan sehinggakan sanggup korbankan masa rehat demi kebajikan pelajar-pelajar di Mesir. Ana sokong penuh PMRAM dan semoga antum sekalian thabit dalam perjuangan insyaAllah...



Petugas Suruhanjaya Pilihanraya
Setiap bucudan kawasan diperhati oleh petugas SPR


Ustaz Fairuz (Setiausaha SPR) dan Ustaz Rafzan (Pengarah SPR)
Segala proses disertakan dengan saksi yang Adil


Memang penat seharian bekerja



Semua kertas undi yang belum ditanda diikat dalam kotak khusus agar tidak berlaku penyelewangan dalam pembuangan undi



Kotak pembuangan undi
Kawasan yang ana jaga



Tempat mengundi dan memilih calon (Tempat mengundi A)


Tempat mengundi B



Terima Kasih kerana menjalankan TANGGUNGJAWAB ANDA

Untuk mengetahui keputusannya, boleh la rujuk blog sahabat ana yang dihormati lagi disayangi : Mohd Al-Amin bin Salleh


Thursday, April 8, 2010

Kenapa kita LEMAH SEMANGAT ?


manuskrip Imam Bukhari

Lemah Semangat? Kenapa yer? Sepatutnya, kita kena tanya diri kita, matlamat belajar untuk apa, untuk sijil, supaya boleh kerja yang bergaji besar, dapat hidup senang masa tua? Ilmu sebenarnya boleh dimanfaat berbagai cara. Tetapi, ingat !!! Belajar adalah JIHAD dan Jihad adalah untuk meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi Allah ini.


Seorang sahabat Nabi Sollallahualaihiwasallam, Jabir bin Abdillah radiyallahuanhuma menempuh jarak sejauh sebulan perjalanan semata-mata untuk bertemu Abdullah bin Unais demi sebuah hadith. Bayangkan, demi hanya sebuah hadith, Jabir sanggup menempuk jarak yg jauh sedangkan beliau antara sahabat yg paling banyak meriwayatkan hadith. Beliau meriwayatkan sebanyak 1540 buah hadith. Begitu juga dengan dengan Ibnu Abbas radiyallahuanhuma, sanggup tidur depan pintu rumah kerana datang pada lewat malam semata-mata mahu menerima hadith.


Seorang tabi'i, Rufai' bin Mihran Ar-Riyahi Al-Basri rahimahullah (wafat 93 H) yg terkenal dengan gelaran Abul 'Aliyah berkata "Kami mendengar riwayat daripada sahabat-sahabat Nabi Sollallahualaihiwasallam di Basrah, kami tidak redha sehinggalah kami bermusafir ke Madinah lalu kami mendengarnya daripada mulut-mulut mereka sendiri."

Imam Sa'id bin Al-Musayyib atau Al-Musayyab rahimahullah, alim besar Madinah (wafat 94 H) berkata, "Aku bermusafir selama berhari-hari termasuk malamnya untuk mendapatkan sebuah hadith." Siapakah beliau? Beliau merupakan antara individu yg digelar Sayyidut Tabi'in!

Imam Ibnul Jauzi rahimahullah berkata, "Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah mengelilingi dunia sebanyak dua kali sehinggalah beliau menghimpunkan Al-Musnad." Beliau merentas dunia menuju Syam, Maghribi, Algeria, Mekah, Madinah, Hijaz, Yaman, Iraq, Parsi, Khurasan .... kemudian beliau pulang kembali ke Baghdad.

Imam Baqiy bin Makhlad Al-Andalusi rahimahullah (lahir 201 H, wafat 276 H) berjalan kaki dari Andalus (Sepanyol) ke Baghdad semata-mata untuk menemui Imam Ahmad bin Hanbal dan mempelajari hadith daripadanya. Usianya ketika itu lebih kurang 20 tahun. Tiba di sana, beliau hanya mampu mempelajari hadith di sebalik pintu penjara gara-gara fitnah yg menimpa Imam Ahmad. Setiap hari, hanya beberapa buah hadith diperolehi. Berkat kesabaran dan kesungguhannya, sebanyak 300 buah hadith telah didengari.

Golongan penuntut dan Ulama Ilmu Hadith ialah sekelompok manusia yg terpilih. Mereka cintakan pembacaan dan pengajian hadith. Mereka sanggup menghabiskan harta dan masa demi kalam Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Bergerak dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Jarak yg jauh rela diredah. Menempuh perjalanan ketika panas yg terik dan sejuk yg membeku. Membelah lautan, meredah lembah. Dengan rambut yg penuh debu, kaki yg pecah-pecah, haus serta lapar. Namun, segala-galanya tidak pernah menghalang sebuah pengembaraan ilmu.

Jika Islam diserang, mereka bingkas dan bangkit menentang. Bersenjatakan ilmu dan segenap pengetahuan. Mereka menyerang ibarat singa lapar dari hutan belantara. Segala-galanya demi mempertahankan kesucian Islam. Maka, kitab-kitab disalin dan ditulis sebagai warisan untuk umat zaman berzaman.

Mereka ialah kaum yg berjaga malam untuk membaca dan menulis. Tangan mereka sering menggosok-gosok mata untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ketahuilah, merekalah pembela Islam! Pemergian mereka diratapi seluruh alam.

Mereka diuji dengan pelbagai rintangan. Jika kita ingin mengikut jejak langkah mereka, maka bertahanlah dengan rintangan yg mendatang. Apalah sangat cubaan dan cabaran yg terpaksa kita hadapi jika dibandingkan dengan para ulama terdahulu. Penat dan lelah mereka tidak terbayar walau dengan dunia dan segala isinya.

Sebentar tadi cerita mengenai Ulama'-Ulama' pengumpul Hadith, bidang-bidang lain pun ada juga.

Ketika Imam Syafie (wafat 204 H) tersohor dengan metod ilmiahnya membentuk ilmu Usul Fiqah, maka Jabir bin Hayyan (wafat 200 H) pula tekun dengan kajiannya sehingga dianggap sebagai Bapa Ilmu Kimia. Al-Khawarizmi (wafat 234 H) melalui karyanya, Al-Gebr wa Al-Muqabalah yg ditulis pada zaman pemerintahan Al-Makmun telah memperkenalkan Algebra kepada dunia. Istilah yg berasal daripada bahasa Arab ini masih digunapakai oleh Matematik Moden pada hari ini.


Pada kurun ke-4 Hijrah, Al-Battani telah melakukan pengiraan bahawa setahun menyamai 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Pengiraan di zaman moden pula menunjukkan bahawa setahun menyamai 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 46 saat. Maka, beza pengiraan Al-Battani dengan pengiraan moden hanyalah 2 minit 22 saat sahaja!

Umat Islam telah mengetahui bahawa bumi beredar mengelilingi matahari sejak dari kurun ke-8 Hijrah lagi melalui kajian Ibnu As-Syatir Ad-Dimasyqi. Tahukah anda bahawa Ahli Falak Islam berperanan besar merancakkan kemajuan ilmu astrologi di barat. Bahkan istilah-istilah yg digunakan mereka masih digunapakai pada hari ini. Zigrid Honka menghitung dan mendapati jumlahnya mencapai 160 istilah.

Siapa tidak mengenali Ibnu Sina yg masyhur dengan karyanya Al-Qanun fi At-Tibb? Ibnu Nafis (wafat 687 H) pula merupakan orang pertama yg menemui sistem peredaran darah dalam tubuh manusia. Beliau juga digelar Ibnu Sina Kedua. Karya bermutu Az-Zahrawi (wafat 404 H) dalam ilmu perubatan diterjemah ke Bahasa Latin lalu diajar di Eropah selama 500 tahun. Ibnu Al-Jazzar Al-Qoirowani (wafat 369 H) pula tokoh perubatan pertama yg menulis buku tentang Paediatrik. Bahkan ilmu perubatan sekarang ni yang serba moden ni masih mengguna saki-baki kitab karangan Ibnu Sina.


Jangan lupa bahawa nama-nama ini juga tersenarai sebagai ulama dalam bidang ilmu agama. Ibnu Nafis sebagai contoh merupakan ulama besar dalam Mazhab Syafie. Beliau ada mensyarahkan kitab At-Tanbih karangan Abu Ishak As-Syirazi.

Cukuplah sekadar ini sebagai motivasi penguat diri. Ketahuilah sesungguhnya umat Islamlah sebenarnya pemangkin kepada kebangkitan dan kemajuan di Eropah. Kepada pelajar-pelajar tidak kiralah dari bidang mana pun, jangan semata-mata fokus kepada pembelajaran di kuliah sehingga mengabaikan ilmu-ilmu agama. Kepada para pelajar bidang agama pula, janganlah pula buta ilmu-ilmu lain. Kesepaduan ilmu perlu diwujudkan. Masing-masing punya tanggungjawab besar. Sejauh manakah generasi hari ini mampu menjamin kehebatan generasi akan datang? Saya tidak fikir generasi akan datang menjadi generasi yg 'warak' dan serius dengan agama tanpa sibuk dengan kemajuan. Dunia sekarang tidak dipandu ke arah itu. Tapi saya fikir mungkin generasi akan datang serius dengan kemajuan tanpa sibuk dengan agama. Saya bimbang mereka hanya membawa Islam pada nama sedang roh pengamalan Islam jatuh tercicir jauh di belakang.

Ada pihak yg adil dalam aspek dunia tapi zalim dalam aspek akhirat. Begitu jugalah sebaliknya. Akhirnya, Islam dilihat cacat. Ajaran Islam tidak dilihat syumul. Maka, umat Islam mesti mengembalikan keadilan dalam menguruskan kedua-dua aspek, duniawi dan ukhrawi seterusnya sabar menunggu kepulangan Tamadun Islam yg sekian lama menghilang. Yakinlah, Tamadun Islam sedang menunggu gilirannya. Maka, bangkitlah dari lenamu yg panjang!

Berhibur? Silakan tapi jangan melampau.

Kita selalu mengadu; tidak ada upaya, kekuatan, semakin lemah untuk belajar, dan macam-macam lagi. Tetapi, ingatlah sahabat-sahabatku, hikakatnya, kita yang faham tentang masalah Umat Islam perlu sedar BAGAIMANA MAHU MENGISI SEGALA KEKOSONGAN DALAM MASYARAKAT NANTI? Kalau bukan kita, siapa lagi? Mahu mengharapkan kepada orang-orang yang jahil mengawal masyarakat?

Berdoalah mudah-mudahan kita dihimpunkan bersama mereka di akhirat kelak, bertemankan Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam. InsyaAllah.

Tempat Rujukan Ust Fahmi

Tuesday, April 6, 2010

Perjalanan ke Damanhur sungguh bermakna


Baru-baru ni, ana bersama dengan sahabat ana yang lain telah menjajah ke negeriDamanhurmenyertai Program Simposium Keilmuan Damanhur (SKEDA)dengan bertemakanMenyelusuri Manhaj Pemikiran Al-Imam Yusof Al-Qardawi bermula pada 1 hingga 4 Mac 2010.

Apa yang mengagumkan adalah bandar Damanhur sangat tenang. Orang Terengganu kata "Mari Relaks di nung" ditambah pula dengan keadaan masyarakat yang peramah. Tambang teksi pun murah, hari-hari naik teksi. Kalau kat Kaherah, kebarangkalian untuk dapatkan teksi yang murah adalah kosong peratus.

Lebih mengagumkan adalah layanan sahabat-sahabat Mahasiswa Al-Azhar di Damanhur yang memuliakan tetamu yang sunggu mesra. Ini adalah sunnah Rasulullah yang sangat agung. Terima kasih banyak kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu. Kami dilayan dengan penuh mesra, sediakan tempat tidur yang sangat selesa padahal mereka merelakan diri untuk tidur di ruang tamu, sentiasa masak makanan yang special, dan macam-macam lagi. Terasa segan lahir dalam diri tetapi seronok la plak bleh layan macam raja.... hehehe.

Apabila gambar berbicara :



Aduh... Kereta Api terlepas, terpaksa naik Van Tremko



Memang penat



Barisan pengurus Program


Kumpulan yang paling komitmen.... Banggaaa jappp



Ust Lokman yang menbantu




Ust Wadi n Ust Keri yang peramah... hehehe



Berjalan-jalan di ladang gandum



Tanaman yang sangat segar



Ust Bukhari mengajak kami jalan ke rumahnya...

Sekitar rumah Ust Bukhari sebelum bertolak pulang ke Kaherah

Terima Kasih kerana banyak menolong....


Wednesday, March 31, 2010

Calon Kita....



BIODATA


Nama : Mohd Salehuddin Bin Mohd Safien
Asal : Dungun, Terengganu
Umur : 23 Tahun
Pendidikan : Tahun 2 Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang (Islamiyyah)
Jawatan semasa : EXCO Kebudayaan, Kesenian & Sukan KPT 2010.

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN CALON

1. Seorang yang mesra,tenang dan murah senyuman.
2. Sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu gerak kerja (ada pengalaman bekerja bersamanya)
3. Seorang hafiz al-Quran (30 juzu')
4. Merupakan salah seorang AJK komuniti HPA Kaherah,advantage dalam penjanaan ekonomi.
5. Skill berucap yang menarik dan menenangkan.(menaikkan semangat pemuda dari dalam)
6. Mempunyai banyak link dan kenalan yang menghubungkan seluruh Mesir termasuk juga Malaysia.
7. Paling penting yang ana rasakan,beliau adalah pejuang kelahiran "tarbiyah" sejak dari Tanah Air.

Anda pasti tidak akan kecewa,InsyaAllah..

Satu Fikrah Satu Amal,Kita PMRAM

Tuesday, March 23, 2010

LALAI MENJALANKAN IBADAH & MELANGGAR TUNTUTAN AGAMA : VIRUS UKHUWAH ???



Sejauh mana kadar takwa dan kebaikan yang anda lihat dari saudaramu, sejauh itulah tulusnya cinta dan persahabatan yang anda berikan padanya. Sejauh mana tingkat zikir, ibadah, peringatan akan akhirat, perhatian terhadap ketaatan kepada Allah, dan dakwah di jalan-Nya yang memenuhi memori persahabatan dan pertemanan, sejauh itulah eratnya persabatan dan jalinan cinta yang terjalin di antara keduanya.

Namun jika hubungan persahabatan kering dari makna-makna zikir, ibadah, saling menasihati, mengingatkan perihal akhirat dan mendorong semangat dakwah, maka kegersangan ukhuwah akan semakin terasa, lalu beralih menjadi permainan@khayalan (lagha) dan perdebatan sia-sia.

Hati bertambah keras dan cepat bosan, sementara lagha (perkataan dan perbuatan sia-sia)
membuka pintu perselisihan, yang pada akhirnya terjelmalah dosa sebagai dinding pemisah yang memburaikan ikatan ukhuwah dan memisahkan dua sahabat. Dalam sebuah hadith shahih, Rasulullah shallallahu. 'alaihi wa sallam bersabda:

"Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali
disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.
”

Dosa yang dilakukan tersebut tidak semestinya berhubungan dengan sahabatmu, namun bentuk dosa apa pun yang dilakukan oleh seseorang boleh menjadi faktor hilangnya seluruh kawan dekat dan saudaranya satu demi satu. Misalnya dosa yang berhubungan dengan masalah kewangan, lantaran meninggalkan kewajiban, perbuatan tidak terpuji, mengucapkan kata-kata kotor, menjatuhkan wibawa dan kepribadian orang lain, memperolok-olok, dan berbagai perbuatan maksiat lainnya.

Dosa kerana perbuatan-perbuatan maksiat di atas dapat mengakibatkan hilangnya rasa cinta dan ukhuwah, baik secara langsung mahupun tidak langsung - sebagai balasan atas maksiat, iaitu dengan hilangnya sahabat-sahabat yang mencintaimu. Sebagai contoh, sahabatmu merasakan jika berdekatan denganmu akan menggiringnya ke dalam maksiat, diam dengan kemungkaran, lebih mengingatkan perihal duniawi dan melupakan zikir serta akhirat, lalai beribadah, dan menjauhkan dari kegiatan-kegiatan dakwah. Dengan alasan-alasan tersebut, rasa cintanya semakin terkikis dan lebih menyukai bergaul dengan orang lain.

Dengan demikian, jika seorang sahabat cenderung mengingatkanmu dengan masalah-masalah duniawi, kelebihan apa lagi yang masih tersisa darinya? Untuk itu, jika engkau ingin memiliki sahabat-sahabat yang menghargai dan menghormatimu, hendaklah engkau mulai dengan memperbaiki hubunganmu dengan Allah, komitmen dengan ketentuan syari'at dan hukum-hukum-
Nya, jauhkan dirimu dari maksiat dan dosa. 'Seorang ahli hukama’ berkata: "Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan tanpa keluarga, kaya tanpa harta, kedudukan di antara sahabat, wibawa
di mata penguasa, maka hendaknya ia mampu membebaskan diri dari belenggu maksiat menuju
taat kepada Allah."

Di antara bentuk pelanggaran syari'at yang dapat menghancurkan cinta imani, bahkan dapat mengakibatkan permusuhan adalah mahabbah syaitaniyyah (cinta yang didorong oleh nafsu syaitan). Hal ini dapat terjadi jika hubungan yang terjalin antara dua insan berjalan tidak wajar dan membawanya dalam keadaan yang serba tidak menentu, khuwatir dan lemah, sehingga ketika dalam solat pun ia masih mengingat dan merasakan kehadirannya. Ia tidak suka apabila sahabatnya berkenalan dengan orang lain atau bergaul dengan orang lain, benci dengan setiap orang yang mahu menjalin hubungan dengannya, bahkan mungkin beberapa kawannya merasa dirugikan oleh keberadaannya, kecemburuan yang muncul kepadanya seakan-akan kecemburuan terhadap isterinya sendiri.

Adakalanya, nafsu jahat memberi rangsangan kepada seseorang dengan melihat sahabat dekatnya dengan penuh rasa kagum dan suka. Begitu juga sebaliknya, ia menerjemahkan setiap gerak-gerik sebagai racun untuk perasaan tersebut, juga dengan pandangan mata dan berbagai rangsangan atau imaginasi lainnya. Semua itu merupakan khayalan yang timbul akibat rasa suka yang berlebihan, penyakit hati, dan seluruh perasaan-perasaan yang menyimpang. Sementara syaitan tidak mesia-siakan peluang sekecil apa pun untuk mempertajam dan memperbesar khayalan-khayalan semacam ini dalam diri manusia agar masuk dalam perangkapnya.

Bentuk lainnya adalah hubungan yang lebih berbahaya ketika membentuk ukhuwah yang baru saja disebutkan, iaitu hubungan suka dan ketertarikan sehingga sampai pada satu titik di mana ia mencintainya 'bersama' Allah dan bukan 'kerana' Allah. Dengan hubungan seperti ini, ia sanggup melakukan beberapa amalan 'ibadah' untuk orang yang dicintainya. Masalah ini muncul disebabkan oleh banyak faktor yang pada tahap awalnya nampak sederhana, namun kemudian berkembang dan membesar, sehingga kedua orang tersebut atau salah satu di antara mereka, sama sekali tidak sanggup berpisah, ia harus selalu bersamanya, melihatnya, dan berhubungan dengannya melalui telefon, yang terkadang menghabiskan waktu berjam-jam setiap hari. Dan yang lebih berat dari itu, ia memikirkannya dalam solat, ketika bacaannya sampai pada firman Allah:

"Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon
pertolongan
" (al-Fatihah [1]: 5).

Fikirannya berterbangan bersama sahabat yang dicintainya; umpama udara yang dihirup olehnya, jika kehilangan walau hanya sesaat, ia merasakan sakit yang teramat dahsyat kerana perpisahan itu. Dan sakit itu baru reda bila ia bertemu kembali dengannya. Hubungan ketertarikan yang maha dahsyat ini memiliki beberapa darjat yang berbeza, yang sebahagiannya dapat dikategorikan dalam ghuluw (ekstrem) yang boleh berakhir pada syirik akbar.

Kadang kala syaitan juga menghiasi hubungan tersebut dengan beberapa amalan ibadah yang dikerjakan bersama, namun sebenarnya tidak terlepas dari nafsu yang dilarang oleh syari'at. Dengan alasan menghindari kritikan pihak lain atau menyakiti perasaan, seorang di antara mereka mengajak sahabatnya: "Bagaimana jika kita membaca buku bersama? Mendengar kaset? Menghafal al-Qur'an? Tahajjud bersama?".......

Mereka berdua melaksanakan program bersama tersebut untuk beberapa saat lamanya atau dalam waktu-waktu tertentu, namun hakikat amalan tersebut tidak termasuk ukhuwah kerana Allah, melainkan masing-masing mencuba untuk bertahan menipu diri sendiri atau menampakkan diri di depan orang lain bahawa hubungan tersebut merupakan ukhuwah kerana Allah, padahal hakikatnya tidak demikian. Bahkan, jika keduanya duduk bersama membaca al-Qur'an, masing-masing memikirkan sahabatnya dan sama sekali tidak mengerti apa yang dibaca, begitulah seterusnya.

Ibnul-Qayyim rahimahullah pernah menyentuh masalah ini dalam kitabnya, Al-Jawab al-Kafi. Kitab ini merupakan jawapan atas sebuah pertanyaan yang ditujukan kepadanya, sebagaimana yang dapat diketahui dari Muqaddimahnya,

"....Suatu musibah yang menimpa seseorang dapat mencampakkannya ke dalam dosa dan menghancurkan dunia serta akhiratnya..."

Kitab tersebut merupakan karya penting bagaimana menangani masalah al-'isgq wat-ta'alluq (rasa
cinta dan suka yang berlebihan), sebuah masalah yang pernah ditanyakan kepada Ibnul-Qayyim rahimahullah dan beliau menjawabnya seperti berikut. Di sini, kita dapat melihat kaedah para ulama, iaitu ketika Ibnul-Qayyim memberikan jawapan melalui penanya:

"Berserah dirilah kepada Allah, berdoalah pada waktu-waktu terkabulnya doa."

Kaedah Ibnul-Qayyim tersebut semestinya tidak hanya digunakan untuk mengatasi masalah al-‘isyq dan at-ta’alluq saja, namun Ibnul-Qayyim juga memiliki beberapa kerangka solusi yang cukup handal untuk mengatasi masalah ini. Beliau berkata :

"Jika penyelesaian masalah ini menuntut seseorang untuk meninggalkan sahabatnya, dengan cara berhijrah ke negeri lain sehingga tidak lagi menjumpainya, mengetahui beritanya, terbebas dari perasaan yang mengikat dan pengaruhnya, maka hendaknya ia menempuh cara ini agar dapat menyelamatkan agamanya."

Maka, hati-hatilah saudaraku! Jangan sampai hubunganmu ternoda. Berhati-hatilah ketika
seseorang mencintaimu kerana Allah, sementara Allah murka kepadamu. Hanya Dia-lah yangmengetahui segala-galanya.

Malulah kepada Allah, janganlah terpedaya dengan pujian, tipuan, dan kelancungan orang lain melalui hubungan palsunya denganmu. Hati-hati pula dengan ketertutupan aibmu, kerana memang Allah menutupnya. Segeralah bertaubat kepada-Nya dari semua dosa sebelum tabirmu tersingkap atau Allah akan menanam kebencian di dalam hati orang-orang yang mencintaimu.

Di antara doa yang sering diucapkan oleh Muhammad bin Wasi' rahimahullah adalah:

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu agar terhindari dari mencintai kerana-Mu, sementara Engkau benci atau murka kepadaku."

Wallahu A’lam


Rujukan ringkas “Virus-Virus Ukhuwah : Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah”