web 2.0

Thursday, March 18, 2010

UNTUK EMAK & AYAH


Dengan Nama Allah. Segala kepujian adalah hak milik Allah dan syukur kepada Allah. Selawat dan Salam ke atas Kekasih Allah dan Kekasih kami, Nabi Muhammad, seterusnya ahli keluarga Baginda serta Para Sahabat Baginda keseluruhannya.

“Xdop harta berharga doh yang bleh tinggal untuk Khairul. Cuma, belajar jer molek, belajar sungguh-sungguh untuk manfaat akan datang.”

“Ingat, sembahyang jangan tinggal, ngaji kat sana tu molek-molek. Jangan buat benda-benda pelik doh la kat sana. Ingat sket, awak tu duk kat negeri orang. Duk jauh. Bukan senang hidup kat jauh-jauh.”

“Ngaji molek-molek. Cari ilmu banyak-banyak. Khairul kena bersyukur, sebab Allah permudah doh urusan Khairul dan murahkan rezeki. Bukan senang bleh belajar jauh. Nok plok, luar negeri, bumi Nabi Musa.”

“Khairul gi sana, bleh pilih, nok jadi Nabi Musa atau nok jadi Firaun. Nok jadi macam Nabi Musa, cari molek ilmu. Lepas tu, balik kekgi, khidmat untuk masyarakat plok.”

“Emak nok awak jadi orang soleh. Jaga hubungan dengan orang lain. Xdop benda doh nok dari Khairul, Cuma nok Khairul jadi orang berguna.”

“Ayah nok awak bleh buat keje faedah sokmo. Dari buat kerja sia-sia, ambil guna peluang yang ada ni cari manfaat. Awak tu besar panjang doh, bleh mikir jauh sangat doh. Ayah nok tengok awak cemerlang esok-esok kekgi. Ayah pesan ni, ingat molek. Ayah nok tengok awak cemerlang.“

Nasihat demi nasihat dari Emak n Ayah disayangi tidak pernah terputus. Tidak kira, melalui Internet, Telefon, atau macam-macam lagi la, mesti ada nasihat dan semangat dicurahkan. Perasaan gembira dan terharu tu mengalir bila Emak n Ayah beri nasihat, mesti teringat kisah-kisah silam ketika mana Mak n Ayah nok perbesarkan hamba yang kerdil ni serta adik-beradik yang lain. Emak pernah cerita, semasa kecil-kecil dahulu, nok kata hidup senang susah tu macam mana, Mak Ayah pernah hidup hanya makan Nasi berlauk kicap n ikan bilis goreng jer. Itulah makanan yang paling special dalam keluarga masa tu. Yer la, mase tu banyak dugaan timbul. Nok tanggung keluarga plok, supaya hamba ni jadi orang molek n kenal hutang budi orang.

Mak cerita, kecik-kecik dulu, tinggal kat Kg Durian Emas, Hulu Paka sebab punca rezeki ada sana. Selepas tu, pindah kat Balok Makmur, Kuantan. Hamba membesar kat sana sampai umur 6 tahun. Mak cerita, semasa tinggal kat sana tu la macam-macam dugaan timbul. Namun, kasih sayang sentiasa mengalir tak henti-henti, sehinggalah dapat kukuh n berkembang sehingga sekarang. Khairul pohon maaf atas segala-galanya kerana diri ini yang terlalu nakal masa kecik-kecik dulu n banyak menyusahkan ramai orang. Khairul tahu, Mak n Ayah seorang Pemaaf dan Penyayang.

Alhamdulillah, sekarang dapat hidup lebih senang. Mungkin hasil penat lelah dan berkat yang terjalin ke dalam keluarga. Ayah sebenarnya seorang pejuang Islam kerana sentiasa berkorban masa dan harta untuk Islam terutama dalam gerakan Islam atau PAS. Emak juga seorang pejuang Islam kerana tidak pernah merungut bila ayah balik lewat malam untuk Islam bahkan berkorban plak. Bila keluarga dibentuk atas dasar Islam, tunggulah As-Sakinah(Ketenangan) ditiup ke dalam hati-hati ahli keluarga tersebut.

Ari ni, ada di bumi Mesir, mencari kekuatan untuk diri yang hina ini, moga-moga menjadi orang berguna untuk masyarakat. Aku mewakafkan diriku untuk Islam sepertimana ditarbiyyah dan semoga Allah menerimaku yang hina ini di sisinya. Ameeennn…..

Sengaja tulis coretan hati ni, sebab Khairul tahu, Mak n Ayah pasti akan jenguk dan baca. Khairul sayang Mak Ayah kerana Allah. Wallahu A’lam.


1 komen...?:

Pacifist said...

salam sahabat,
terharu saya membaca kisah sahabat,alhamdullilah sahabat mempunyai ibubapa yg mementingkan agama,mereka tentu mendoakan kejayaan sahabat.salaut utk sahabat!