web 2.0

Saturday, March 20, 2010

INGAT!!! TETAPKAN!!! MASA DEPANMU UNTUK ISLAM

Semalam, aku bersama sahabat lain berusrah di Musolla Terengganu selepas solat Isya’. Ari ni aku ditugaskan membentangkan mengenai tajuk “Saya Wajib Meyakini Masa Depan kelak adalah milik Islam” dalam kitab “Apa Ertinya Aku Menganuti Islam” karangan Allahyarham Fathi Yakan. Banyak juga isu-isu semasa dikaitkan terutama keadaan di Malaysia.

Alhamdulillah, aku beroleh banyak Ilmu dan pengalaman baru. Aku cuba muhasabah diri yang hina lagi faqir, satu soalan yang langsung aku xbleh nok jawab. Soalan : “Apa yang telah kau buat untuk ISLAM?” soalan ni yang selalu dilaungkan oleh naqibku. Semoga Allah menjadikan hari akan datang lebih baik dari hari yang telah lalu.
Dalam kitab tu, ada menafsir dan menerangkan mengenai ayat Allah :


Yang bermaksud: Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan Pentadbiran-Nya, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya! (Surah Al-Mulk, Ayat: 14).


Ditambah lagi penerangan mengenai manhaj Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Allah yang mencipta kita semua dan mengatur segala-galanya, jadi Allah yang Maha Mengatahui apa yang terbaik dan buruk untuk kita. Tetapi, mengapa kita masih memilih jalan lain. Kita boleh ambil contoh keadaan di Negara kita. Sudah jelas, nyata dan terang dah. Tapi, kenapa masih ambil perundangan yang dicipta manusia. Untuk apa? Ada yang jawab, Hukum-Hakam Islam sudah lama. Sudah lapuk. tidak sesuai untuk zaman sekarang. Negara kita pun ada banyak kaum. Aduuhhh….. Islam merangkumi semua aspek kehidupan dan zaman. Kenapa? Semasa zaman Rasulullah pun ramai kaum@bangsa Yahudi, Parsi, Habsyi.

Kita sebagai orang Islam, hendaklah berusaha menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Apa yang kita usahakan, kerjaya, kepakaran, penguasaan, hendaklah untuk Islam. Tetapkan jadual hidup kita, masa depan kita adalah untuk Islam. Moga-moga, Allah menjadikan kita sebagai penyebab MASA DEPAN DUNIA ADALAH MILIK ISLAM.


==============================================================

“Emmm, Faiz, enta bila habis belajar nanti, nak jadi apa? Maksud ana cita-cita enta.” Tanyaku kepada salah seorang pelajar junior.

“InsyaAllah, ana nok jadi pensyarah nanti.” Jawabnya dengan bersemangat.

“Bagus. Enta plak, Adlin, nok jadi apa?” tanyaku kepada yang lain.

“Ana minat nok jadi Doktor. Bleh tolong ramai orang. Lagipun penyakit sekarang ni semakin banyak.”

“Bagus enta ambil berat tentang orang lain. Enta plak, Syahmi? Nok jadi apa nanti?” tegurku sambil tepuk lutut dia.

“Terkejut ana…. Ana plok, mesti nok jadi ahli perniagaan yang Berjaya. Bleh pegang banyak syarikat.” Jawab dengan bersungguh-sungguh.

“Molek sangat. Mmm, nta plak?” tanyaku kepada Syazwan yang setia mendengar dari awal lagi.

“Ana nok jadi Ustaz. Pandai banyak ilmu agama.”

“Antum semuanya bagus-bagus belaka. Ada kesungguhan dan ada perancangan. Tapi masih kurang sket….ada kurang sket lagi….”

“Apa dia Abang? Apa dia….?” Faiz terus mencelah.

“Macam ni. Ana nok antum tambah kalimah Islam dalam ayat enta tu. Maksud ana, ana nok Faiz jadi seorang Pensyarah Islam, Adlin jadi Doktor Islam, Syahmi jadi ahli perniagaan Islam, dan Syazwan jadi Ustaz yang Islam. Faham x?”

“Apasal plak?” tanya Syahmi dengan tekun.

“Kerana dunia sekarang, ramai orang berjaya capai cita-cita dia. Tapi sayang sekali, berjaya untuk dunia sahaja. Hal akhirat langsung x peduli. Ada orang jadi doktor, tapi x sembahyang. Ada orang jadi ahli perniagaan tapi x keluarkan zakat. Ada orang jadi Ustaz, tapi x memperjuangkan agama Allah di tengah-tengah masyarakat. Faham?

“Kenapa jadi macam tu?” Tanya Syazwan.

“Ini semua berlaku kerana orang mengasingkan ilmu agama dari ilmu dunia. Padahal hakikatnya, apa yang Allah beri kepada mereka, mereka mestilah manfaatkan untuk Islam. Tidak kiralah, siapa dia tu, Pensyarah ke, Arkitek atau macam-macam la. Dia mesti luangkan masa, harta, dan tenaga untuk Islam. Faham? Begitu juga keadaan sekarang. Nanti dari kalangan Antum ada yang ambil aliran Sains dan ada ambil Thanawi. Tidak kiralah dia dari aliran mana, asalkan dia berusaha untuk mengisi kekosongan bagi memperjuangkan Islam. Segala-galanya untuk Islam. Ingat, pastikan masa depan Antum untuk Islam. Bukan empat orang ni jer, Antum yang lain pun sama. Ingat!!!”

“InsyaAllah… Ana akan memperjuangkan Islam. Yang duduk di barisan hadapan sekali nanti adalah ana. Abang tunggulah dan tengoklah.”

“InsyaAllah…. Ana nantikan saat tuu…”

=Teringat pada diari hidupku, thanawi 3 di SMAASZA, selepas solat Maghrib di Surau Al-Muttaqin.

0 komen...?: