web 2.0

Thursday, April 8, 2010

Kenapa kita LEMAH SEMANGAT ?


manuskrip Imam Bukhari

Lemah Semangat? Kenapa yer? Sepatutnya, kita kena tanya diri kita, matlamat belajar untuk apa, untuk sijil, supaya boleh kerja yang bergaji besar, dapat hidup senang masa tua? Ilmu sebenarnya boleh dimanfaat berbagai cara. Tetapi, ingat !!! Belajar adalah JIHAD dan Jihad adalah untuk meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi Allah ini.


Seorang sahabat Nabi Sollallahualaihiwasallam, Jabir bin Abdillah radiyallahuanhuma menempuh jarak sejauh sebulan perjalanan semata-mata untuk bertemu Abdullah bin Unais demi sebuah hadith. Bayangkan, demi hanya sebuah hadith, Jabir sanggup menempuk jarak yg jauh sedangkan beliau antara sahabat yg paling banyak meriwayatkan hadith. Beliau meriwayatkan sebanyak 1540 buah hadith. Begitu juga dengan dengan Ibnu Abbas radiyallahuanhuma, sanggup tidur depan pintu rumah kerana datang pada lewat malam semata-mata mahu menerima hadith.


Seorang tabi'i, Rufai' bin Mihran Ar-Riyahi Al-Basri rahimahullah (wafat 93 H) yg terkenal dengan gelaran Abul 'Aliyah berkata "Kami mendengar riwayat daripada sahabat-sahabat Nabi Sollallahualaihiwasallam di Basrah, kami tidak redha sehinggalah kami bermusafir ke Madinah lalu kami mendengarnya daripada mulut-mulut mereka sendiri."

Imam Sa'id bin Al-Musayyib atau Al-Musayyab rahimahullah, alim besar Madinah (wafat 94 H) berkata, "Aku bermusafir selama berhari-hari termasuk malamnya untuk mendapatkan sebuah hadith." Siapakah beliau? Beliau merupakan antara individu yg digelar Sayyidut Tabi'in!

Imam Ibnul Jauzi rahimahullah berkata, "Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah mengelilingi dunia sebanyak dua kali sehinggalah beliau menghimpunkan Al-Musnad." Beliau merentas dunia menuju Syam, Maghribi, Algeria, Mekah, Madinah, Hijaz, Yaman, Iraq, Parsi, Khurasan .... kemudian beliau pulang kembali ke Baghdad.

Imam Baqiy bin Makhlad Al-Andalusi rahimahullah (lahir 201 H, wafat 276 H) berjalan kaki dari Andalus (Sepanyol) ke Baghdad semata-mata untuk menemui Imam Ahmad bin Hanbal dan mempelajari hadith daripadanya. Usianya ketika itu lebih kurang 20 tahun. Tiba di sana, beliau hanya mampu mempelajari hadith di sebalik pintu penjara gara-gara fitnah yg menimpa Imam Ahmad. Setiap hari, hanya beberapa buah hadith diperolehi. Berkat kesabaran dan kesungguhannya, sebanyak 300 buah hadith telah didengari.

Golongan penuntut dan Ulama Ilmu Hadith ialah sekelompok manusia yg terpilih. Mereka cintakan pembacaan dan pengajian hadith. Mereka sanggup menghabiskan harta dan masa demi kalam Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Bergerak dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Jarak yg jauh rela diredah. Menempuh perjalanan ketika panas yg terik dan sejuk yg membeku. Membelah lautan, meredah lembah. Dengan rambut yg penuh debu, kaki yg pecah-pecah, haus serta lapar. Namun, segala-galanya tidak pernah menghalang sebuah pengembaraan ilmu.

Jika Islam diserang, mereka bingkas dan bangkit menentang. Bersenjatakan ilmu dan segenap pengetahuan. Mereka menyerang ibarat singa lapar dari hutan belantara. Segala-galanya demi mempertahankan kesucian Islam. Maka, kitab-kitab disalin dan ditulis sebagai warisan untuk umat zaman berzaman.

Mereka ialah kaum yg berjaga malam untuk membaca dan menulis. Tangan mereka sering menggosok-gosok mata untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ketahuilah, merekalah pembela Islam! Pemergian mereka diratapi seluruh alam.

Mereka diuji dengan pelbagai rintangan. Jika kita ingin mengikut jejak langkah mereka, maka bertahanlah dengan rintangan yg mendatang. Apalah sangat cubaan dan cabaran yg terpaksa kita hadapi jika dibandingkan dengan para ulama terdahulu. Penat dan lelah mereka tidak terbayar walau dengan dunia dan segala isinya.

Sebentar tadi cerita mengenai Ulama'-Ulama' pengumpul Hadith, bidang-bidang lain pun ada juga.

Ketika Imam Syafie (wafat 204 H) tersohor dengan metod ilmiahnya membentuk ilmu Usul Fiqah, maka Jabir bin Hayyan (wafat 200 H) pula tekun dengan kajiannya sehingga dianggap sebagai Bapa Ilmu Kimia. Al-Khawarizmi (wafat 234 H) melalui karyanya, Al-Gebr wa Al-Muqabalah yg ditulis pada zaman pemerintahan Al-Makmun telah memperkenalkan Algebra kepada dunia. Istilah yg berasal daripada bahasa Arab ini masih digunapakai oleh Matematik Moden pada hari ini.


Pada kurun ke-4 Hijrah, Al-Battani telah melakukan pengiraan bahawa setahun menyamai 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Pengiraan di zaman moden pula menunjukkan bahawa setahun menyamai 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 46 saat. Maka, beza pengiraan Al-Battani dengan pengiraan moden hanyalah 2 minit 22 saat sahaja!

Umat Islam telah mengetahui bahawa bumi beredar mengelilingi matahari sejak dari kurun ke-8 Hijrah lagi melalui kajian Ibnu As-Syatir Ad-Dimasyqi. Tahukah anda bahawa Ahli Falak Islam berperanan besar merancakkan kemajuan ilmu astrologi di barat. Bahkan istilah-istilah yg digunakan mereka masih digunapakai pada hari ini. Zigrid Honka menghitung dan mendapati jumlahnya mencapai 160 istilah.

Siapa tidak mengenali Ibnu Sina yg masyhur dengan karyanya Al-Qanun fi At-Tibb? Ibnu Nafis (wafat 687 H) pula merupakan orang pertama yg menemui sistem peredaran darah dalam tubuh manusia. Beliau juga digelar Ibnu Sina Kedua. Karya bermutu Az-Zahrawi (wafat 404 H) dalam ilmu perubatan diterjemah ke Bahasa Latin lalu diajar di Eropah selama 500 tahun. Ibnu Al-Jazzar Al-Qoirowani (wafat 369 H) pula tokoh perubatan pertama yg menulis buku tentang Paediatrik. Bahkan ilmu perubatan sekarang ni yang serba moden ni masih mengguna saki-baki kitab karangan Ibnu Sina.


Jangan lupa bahawa nama-nama ini juga tersenarai sebagai ulama dalam bidang ilmu agama. Ibnu Nafis sebagai contoh merupakan ulama besar dalam Mazhab Syafie. Beliau ada mensyarahkan kitab At-Tanbih karangan Abu Ishak As-Syirazi.

Cukuplah sekadar ini sebagai motivasi penguat diri. Ketahuilah sesungguhnya umat Islamlah sebenarnya pemangkin kepada kebangkitan dan kemajuan di Eropah. Kepada pelajar-pelajar tidak kiralah dari bidang mana pun, jangan semata-mata fokus kepada pembelajaran di kuliah sehingga mengabaikan ilmu-ilmu agama. Kepada para pelajar bidang agama pula, janganlah pula buta ilmu-ilmu lain. Kesepaduan ilmu perlu diwujudkan. Masing-masing punya tanggungjawab besar. Sejauh manakah generasi hari ini mampu menjamin kehebatan generasi akan datang? Saya tidak fikir generasi akan datang menjadi generasi yg 'warak' dan serius dengan agama tanpa sibuk dengan kemajuan. Dunia sekarang tidak dipandu ke arah itu. Tapi saya fikir mungkin generasi akan datang serius dengan kemajuan tanpa sibuk dengan agama. Saya bimbang mereka hanya membawa Islam pada nama sedang roh pengamalan Islam jatuh tercicir jauh di belakang.

Ada pihak yg adil dalam aspek dunia tapi zalim dalam aspek akhirat. Begitu jugalah sebaliknya. Akhirnya, Islam dilihat cacat. Ajaran Islam tidak dilihat syumul. Maka, umat Islam mesti mengembalikan keadilan dalam menguruskan kedua-dua aspek, duniawi dan ukhrawi seterusnya sabar menunggu kepulangan Tamadun Islam yg sekian lama menghilang. Yakinlah, Tamadun Islam sedang menunggu gilirannya. Maka, bangkitlah dari lenamu yg panjang!

Berhibur? Silakan tapi jangan melampau.

Kita selalu mengadu; tidak ada upaya, kekuatan, semakin lemah untuk belajar, dan macam-macam lagi. Tetapi, ingatlah sahabat-sahabatku, hikakatnya, kita yang faham tentang masalah Umat Islam perlu sedar BAGAIMANA MAHU MENGISI SEGALA KEKOSONGAN DALAM MASYARAKAT NANTI? Kalau bukan kita, siapa lagi? Mahu mengharapkan kepada orang-orang yang jahil mengawal masyarakat?

Berdoalah mudah-mudahan kita dihimpunkan bersama mereka di akhirat kelak, bertemankan Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam. InsyaAllah.

Tempat Rujukan Ust Fahmi

4 komen...?:

izz said...

assalamualaikum ya akhi...
terima kasih atas artikel tersebut kerana ia amat membantu saya...
maknanya niat saya telah salah.. saya belajar hanya kerana dunia.. saya sepatutnya belajar kerana Allah.. saya setuju mengenai kecacatan islam yang semakin terang dan jelas di mata kita.. betapa sedihnya, umat islam sendiri yang mencacatkan.. Alahmdulillah.. saya doakan agar akhi sentiasa di berkati dan diredhai Allah walau di mana jua.. sekali lagi terima kasih atas kesusahpayahan akhi menulis artikel yang menarik ini.... wassalam ya akhi...

Pacifist said...

salam sahabat.
satu pengisian yg baik baik kita semua yg mahu mengambil ibrah darinya.Islam kini ibarat memegang bara yg panas,boleh dilepaskan mengikut kemahuan seseorang itu.

NuSaNa NoSa 91 said...

mungkin sbb t'lampau byk kemudahan, smpai kita jd mls nk bljr.. huk3~ T___T

Khairuddin Isa said...

Terlalu senang juga merupakan kesusahan...