web 2.0

Friday, April 23, 2010

Kenapa Nabi atau Rasul juga berumahtangga ?

Petang tadi ana telah berusrah dengan sahabat-sahabat yang lain di rumah Doktor Abdullah Azahari. Gelaran doktor untuk sahabat ana kerana dia adalah seorang pelajar Perubatan di Universiti Ain Syam, Kaherah. Tiba pada jam 11 pagi dan pulang pukul 5 petang. setelah berusrah, ana dan sahabat ana yang lain dijamu dengan Nasi Minyak yang berlaukkan ayam masak cili pedas dan ayam kari. Boleh dikatakan semua yang ada bersama termasuk ahli rumah turut menambah kerana dijamu dengan masakan yang pedas. Jutaan ucapa Terima Kasih kepada ahli rumah di atas layanan mesra.

Sebenarnya, apa yang mahu diutarakan di sini sebenarnya adalah satu perbahasan mengenai Tafsir Al-Qur'an yang telah ditugaskan kepada Doktor Abdullah mengenai ayat 33 hingga 44 Surah Ali Imran. Dalam ayat ini, sentiasa menyebut mengenai perjuangan Nabi-Nabi yang terdahulu sebagai menghiburkan Nabi Muhammad S.A.W yang sedang diasak dan ditentang keras oleh musuh-musuh Islam ketika itu.

Apa yang ana mahu utarakan, MENGAPA RASUL-RASUL TERDAHULU BAHKAN NABI MUHAMMAD S.A.W. SENDIRI INGIN BERUMAHTANGGA DAN MAHUKAN ZURIAT?

Antara yang disebut dalam ayat ini ialah Nabi Zakaria inginkan seorang anak yang soleh lalu diperkenankan oleh Allah S.W.T dengan mengurniakan seorang anak yang diberi nama Yahya. Begitu juga dengan Imran dan isterinya Hunnah binti Faruq lalu dikurniakan Mariam iaitu emak kepada Nabi Isa A.S.

Sebenarnya, apa yang boleh disimpulkan, Para Nabi mahu melahirkan generasi yang membawa risalah Islam kepada masyarakat masa akan datang sebagai penerus dan pelapis dalam membentuk umat. Bahkan, mereka juga memastikan diri mereka, isteri, dan anak-anak mereka diwakafkan untuk Islam sebagai contoh teladan kepada orang lain.

Itulah yang perlu dilakukan oleh kita dalam membina seorang yang berperibadi Muslim, seterusnya Keluarga Islam, seterusnya Masyarakat Islam, seterusnya Negara Islam, dan seterusnya Khalifah Islam.

Kita boleh ambil contoh, Saidah Fatimah Az-Zahra' anak Rasulullah S.A.W sentiasa menghiburkan ayahnya, bermesra, membantu dalam setiap masa, sentiasa mengambil berat mengenai pakaian, makanan, belaian kasih sayang, dan sebagainya terhadap ayahnya bahkan terhadap ahli keluarganya iaitu suaminya Saidina Ali bin Abu Talib dan anak-anaknya iaitu Zainab, Hassan, dan Hussein. Bagaimana? Adakah mereka mesra dan bahagia? Pada masa yang sama, mereka sentiasa sibuk dalam memperjuangkan agama Allah. Bagaimana pula dengan kita?

Jadi, ayuhlah kita bersama-sama membentuk keluarga yang berasaskan Islam dan berusaha melahirkan generasi yang sentiasa mengambil berat mengenai umat Islam. InsyaAllah....


Masjid Nur yang tersenggam indah menjadi tempat sembahyang Jumaat
sebelum majlis


Menunggu Doktor Abdullah sambut....


Memang letih jalan jauh.... Naik bas setengah jam jer


Persiapan terakhir sebelum mula majlis


berkongsi dan mengutip mutiara-mutiara ilmu bersama sahabat-sahabat


Ust Abdullah Amir, Ust Azidi, dan Ust Abd Halim


Doktor Abdullah, Ust Azuwan, dan Ust Faizzuddin khusyuk...


Ust Halim, Naqib yang senyum selalu


Pastikan diri untuk Islam

0 komen...?: