web 2.0

Thursday, December 2, 2010

Hikmah yang Hilang Jangan Dilepaskan




Segala Pujian hanyalah milik Allah semata-mata. Selawat dan Salam ke atas Kekasih Allah dan Kekasih kami Nabi Muhammad S.A.W penghulu segala Nabi dan Rasul, seterusnya ahli Keluarga Baginda, dan Sahabat Baginda keseluruhannya.

==================================================================

“Eh, Din! Nak mintak tolong ni. Enta free tak?” Sapa sahabatku dengan senyuman sinis.

“Apa dia, Abdullah? Senyum memanjang jer. Macam ada perkara pelik jer?” Aku memberi respon.

“Tak lah. Nak mintak enta buat video sekali. Bleh tak? Tu lah hajat nak jumpa enta ni….”

“Boleh jer. Berapa hari enta nak bagi ana buat video ni?”

“Sebolehnya secepat mungkin. Sebabnya nak tayang semasa malam Majlis AidilAdha.”

“Bereh jer. Ana nak lima hingga enam hari. Enta pun, mari lah kita buat sama dan belajar bersama buat animasi video….”

“Enta buat lah. Enta pandai kan. Kalau ana pandai nanti, semakin sibuklah ana. Kadang-kadang malas jugak. Jadi, enta belajar lah. Hehehe…”

“Hemmm, kalau musuh lain yang menguasai dahulu, baru terkejar-kejar nak kuasai balik…”

==================================================================

Sabda Rasulullah SAW :

“Hikmah (Ketinggian Ilmu) itu adalah buruan orang Mukmin. Maka dimana sahaja ditemuinya, dialah yang lebih berhak memungutnya”

JENTERA GERAKAN ISLAM

Penguasaan ilmu jentera sangat penting bahkan dunia sekarang sangat memerlukan kepakaran dari pelbagai bidang dan aspek. Namun, agak menyedihkan, kita ada orang yang pakar, tetapi mereka tidak menyumbangkan kelebihan yang Allah berikan kepada mereka untuk berkhidmat dalam gerakan Islam. Sebagai contoh, penghasilan video yang bergrafik dan animasi yang tinggi menceritakan mengenai sejarah gerak langkah Jemaah Islam itu sendiri.

Sukalah saya menyebut antara kepakaran yang perlu dikuasai oleh pemuda atau mahasiswa sekarang adalah penguasaan ilmu teknikal audio, penghasilan video, penguasaan perkomputeran dan alam maya atau internet, mampu mengusai jaringan gerak kerja di peringkat nasional atau antarabangsa, dan sebagainya disamping tingkatkan kesedaran thaqafah.

==================================================================

KUALITI DIRI YANG PERLU DIPERSIAPKAN

Ø Memelihara Aqidah Imaniah dan Aqidah Perjuangan sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontar oleh musuh.

- Yakin Islam menang dan mampu memerintah

- Menanggapi Islam secara syumul

- Bersedia untuk mendepani segala cabaran ( mehnah )


Ø Tingkatkan kesedaran Thaqafah ( knowledge ) guna menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar.
- Memahami pengertian & fungsi secular , nasionalis , dictator dsbnya.

- Bijak membaca suasana – untuk menterjemah gerak kerja dengan tepat

- Memahami sunnah perjuangan – yang penuh dengan Tribulasi

- Mampu memenuhi keperluaan ummah semasa

- Miliki daya intelektual tulen yang tidak boleh dibeli dengan material .

- Mempunyai pandangan yang jauh serta wawasan yang membina .


Ø Bergabung dengan Gerakan dan kepimpinan Islam serta komited dengan aktivitinya .
- Menyertai ( intima’ ) dengan Jamaah Islam.

- Memberi sumbangan terbaik untuk Jamaah dan ummah

- Menjadi agent/duta Jamaah dimana sahaja berada ( contoh: KPT Mesir / PMRAM )


Ø Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari konpirasi musuh – musuh Allah.
- Berani bertindak menentang kezaliman & kebobrokan pemerintah

- Peka terhadap isu yang memihak kepada kita utk. dimanfaatkan

- Sensitiviti yang tinggi terhadap sikap musuh yang menghina Islam .

- Sanggup berkorban dan sedia menerima risiko perjuangan


Ø Membentuk keperibadian ( syakhsiyyah Islamiyyah ) dan watak kepimpinan kontemporari yang mengekalkan prinsip Aqidah dan Akhlak Islamiyyah
- Penampilan berkarisma dan berwibawa

- Bebaskan diri dari pengaruh & sentimen negatif pada watak kepimpinan

- Telus, berlapang dada dan beramanah terhadap tugas dan peranan .

- Menguasai dan memimpin keadaan / arus


Ø Kemahiran menguasai jentera perjuangan dan berkeupayaan menguasai pengaruh masyarakat .

- Penguasaan dalam bidang IT

- Menakluki arus media ( elektronik / cetak )

- Menangani polemik masyarakat

- Ada hubungan dengan individu berpengaruh dalam masyarakat .

- Tidak meminggir diri dari arus perjuangan rakyat & semasa .

- Memasang jaringan gerak kerja di peringkat nasional / internasional

- Kemampuan memanafaatkan channel – channel utama untuk dakwah spt Public speaker

1 komen...?:

Nur Hidayah said...

salam.
mantap la video tu.
boleh bagi tahu guna software apa?
adobe after effect ke?