web 2.0

Monday, June 28, 2010

Masih Ramai yang Silap Mengerti Konsep "Al-Jihad"



Segala Kepujian dan Kesyukuran hanyalah milik Allah S.W.T. bahkan segala-galanya. Selawat dan SalaamuLLAH ke atas KekasihNya dan Kekasih kita Imamul Mujahidin Nabi Muhammad sebaik-baik manusia, seterusnya ahli keluarga Baginda yang suci dan para Sahabat keseluruhannya.

Terasa sangat ingin mengutarakan dan mengulas kembali tentang Perjuangan Islam kerana baru-baru ini, saya sempat berbual dengan beberapa sahabat di Malaysia mengenai konsep “Al-Jihad fi Sabilillah”.

Zaman kini, ramai orang silap memahami apa yang diertikan dengan kalimah “Perjuangan Islam” atau “Al-Jihad fi Sabilillah”. Mereka meyatakan Perjuangan Islam adalah sekadar belajar bersungguh-sungguh, berusaha melawan nafsu, meningkatkan kesungguhan beibadah, dan sebagainya.

Kita kena fahami sebaik-baiknya, apakah matlamat sebenar Perjuangan Islam? Memang benar bahawa mununtut ilmu, mendidik hawa nafsu, membimbing keluarga juga adalah Al-Jihad. Tetapi, itu semua adalah bermatlamatkan untuk meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi. Kita perlu niat, Aku belajar untuk Islam, Aku buat itu, aku buat ini, aku buat itu, semata-mata untuk Islam dan meninggikan kalimah Allah. Itulah Al-Jihad.

Apa yang dipetik dari kata-kata As-Syahid Dr. Abdullah Azam dalam khutbahnya, Beliau menyatakan

bahawa, musuh-musuh Islam sentiasa berusaha mengelirukan kita sehingga umat Islam benci akan kalimah Al-Jihad. Mereka takutkan kita kerana kita ada seruan Al-Jihad; inginkan kemenangan di dunia dan kejayaan di Akhirat (seingat saya mengenai kata-kata beliau).

Banyak caranya, antaranya, mereka melaungkan Pejuang Islam adalah Ekstrimis dan Pengganas. Mengapa mereka melaungkan slogan ini? Kerana, mereka tahu, pada masa yang sama, umat Islam akan berusaha mempertahankan bahawa Islam ini adalah aman, mengutamakan persaudaraan, bencikan perbalahan, dan sebagainya dan pada masa yang sama, kita diracuni bencikan peperangan mempertahankan saudara kita seMuslim.

Syeikhul Islam Yusof Al-Qardawi, Al-Imam Habib Ali, bahkan Ulama’ termasyhur di dunia dengan mudah menjawab, “Kita memang dilahirkan dan dilabelkan sebagai Pengganas.” Tetapi pada hakikatnya, kita sedang menghapuskan Pengganas iaitu Al-Kuffar.

Jihad fi SabiliLlah termasuk tuntutan yang paling penting karena ia adalah pemisah antara yang Hak dan Batil, antara HizburRahman (Golongan Allah) dan HizbusSyaitan (Golongan Syaitan).


Kita sudah maklum bahwa permusuhan antara dua golongan, iaitu Hizbur Rahman dan Hizbus Syaitan, merupakan masalah yang sudah mengakar, dan akan berlanjutan sehingga Allah mewariskan bumi dan seisinya. Begitulah keadaannya kerana jalan yang ditempuh masing-masing saling berbeza. Bahkan mustahil sama sekali kedua-duanya akan berjumpa di titik pertemuan.

Kerana HizbuLlah hendak menegakkan Kalimatul-Haq dan kekuasaan syariat Islam di atas setiap jengkal di bumi, sedangkan HizbusSyaitan membenci jalan ini, kemudian ia berusaha sekuat tenaga dengan segala cara untuk menyingkir dan menghancurkannya.


Dan jika kita semak Sirah Nabi Muhammad S.A.W tentu kita akan mendapati bahawa jihad adalah langkah lanjutan dari Hijrah Nabawiyyah. Sirah Nabi Muhammad S.A.W sendiri didapati bahawa Rasulullah S.A.W telah mempersiapkan Jihad dalam erti perang sejak menjelang berdirinya Daulah Islamiyyah (Pemerintah Islam) dan selanjutnya melaksanakan Jihad untuk mempertahankan dan memperkukuh Daulah Islamiyyah.


Maka dengan adanya Jihad, kita akan mengenal kedudukan seseorang dengan lebih jelas. Apakah dia berada dalam HizburRahman (Pembela-Penegak Syariat Allah) atau dalam barisan HizbusSyaitan (Penghalang tegaknya Syariat Allah). Adakah mereka dari golongan penentang Islam ataupun Penyokong mahupun Pendokong Islam. Kita akan kenal insyaAllah.

Keadaan Malaysia pula, ikutlah rentak Kepimpinan Ulama dalam PAS. Ulama dalam gerakan Islam seperti PAS di Malaysia adalah Ulama' yang terbaik kerana merekalah yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan misi ini.Kita berperang dalam proses pilihanraya. Pastikan kita berusaha memanfaatkan diri kita dan meningkatkan kualiti kita untuk “Perjuangan Islam” dan menegakkan Daulah Islamiyyah.

Sejarah sentiasa berulang dari dahulu hingga sekarang bahkan akan datang. Yang membezakannya hanyalah watak dan keadaan. Pentas drama adalah di dunia ini dan penulis skrip drama adalah Allah dan KekuasaanNya. Nabi sendiri pernah mengisyaratkan tangannya kepada kepala Abu Jahal setelah selesai Perang Badar:

“Inilah dia Firaun bagi Umat Ini”

Wallahu A’lam

0 komen...?: