web 2.0

Monday, June 21, 2010

Serangan Pemikiran berlangsung semenjak Zaman Rasulullah ?


Berita Sedih Di Atas Meja Setiap Pagi by KNizam Artwerk.


Segala Kepujian dan Kesyukuran hanyalah milik Allah S.W.T bahkan segala-galanya. Selawat dan Salam ke atas KekasihNya dan Kekasih Kita Imamul Mujahidin Nabi Muhammad penghulu segala rasul dan nabi, seterusnya ahli keluarga Baginda yang suci dan para Sahabat keseluruhannya.

Umat Nabi Muhammad Saw di sepanjang zaman menghadapi musuh berbentuk “Peperangan Pemikiran” . Lantaran itu Al-Quran diturunkan dalam bentuk hujah dan keterangan nyata untuk menghadapi mereka.

"dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam."
( Surah An Nahl : Ayat 89 )

Antaranya golongan elit Musyrikin Mekah ketika itu telah berusaha menawarkan pelbagai tawaran lumayan antaranya wanita yang cantik, harta-benda dari segenap segi, dan sebagainya. Begitu juga keadaan di Madinah. Ahli-ahli Kitab dari Yahudi dan Nasrani bahkan Munafiqin sentiasa berusaha mengelirukan umat Islam dengan mengkhabarkan bahawa Nabi Ibrahim adalah berpegang agama Yahudi atau Nasrani, menyatakan Islam tidak benar kerana tidak ditolong oleh Allah ketika kekalahan di perang Uhud, dan sebagainya. Namun, semuanya dapat dipatahkan hujjah oleh Rasulullah dan Sahabat sendiri.

Begitulah seterunya bagaimana kejatuhan Khalifah Islamiyyah Abbasiah di Baghdad ketika itu telah dilanggari oleh tentera Monggol sehinggakan darah-darah orang Islam ketika itu sabagai santapan bagi musuh-musuh Allah. Yang menjadi masalah, kenapa boleh terjadi padahal ketika itu telah lahirnya ramai ulama’? Sesungguhnya, ketika itu memang terlahir ramai ulama yang faqeh tentang agama tetapi kekurangan Pemikir dan Aktivis Islam.

Diteliti pula dengan kejatuhan Kerajaan Khalifah Islamiyyah Umayyah di Andalusia, Khalifah Islamiyyah Uthmaniah, bahkan, kejatuhan Palestin ke tangan penguasaan tentera salib ketika dahulu. Dan kini, ianya berulang kembali ke tangan Yahudi laknatullah setelah berjaya dirampas oleh tentera yang dipimpin Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Semuanya berlaku kerana hilang kesedaran dan kekurangan tenaga Ulama’, Pemikir, dan Aktivis Islam.

Ancaman ”Peperangan Pemikiran” menjelang abad 21 terutamanya masa kini semakin sengit sementara pemikir-pemikir Islam semakin berkurangan. Ini suatu fenomena yang amat membimbangkan kita. Gejala Juhala’ berleluasa , pengangguran otak [ malas berfikir ] sampai ketahap bahaya . Mereka hanya rasa memadai mendapat sandaran pada nama mahasiswa/wi , Dr. , Ustaz, Prof. , dan lain lain tetapi malas berfikir untuk menterjemahkan amal Islami. Mereka guna sandaran ini (title dan ilmu mereka) untuk cari makan, hidup senang, dan sebagainya. Kelemahan ini menyebabkan benteng ummah kian rapuh (mudah ditembusi dengan pelbagai helah licik golongan orientalis). Kita mesti bina Kekuatan Fikriyyah ini, terutamanya dari kalangan pemuda mahupunm mahasiswa di samping memantapkan Kekuatan Jismiyyah dan Rohaniyyah.

Daya fikrah sebahagian pemuda masih telalu lemah. Kebanyakan mereka hanya fikir tentang diri sendiri atau hanya sekitar kerjaya mereka . Mereka tidak melihat peranan mereka untuk ummah dan sedangkan Islam mesti dilihat secara syumul , justeru itu fikrah mahasiswa jua mestilah jelas dan syumul juga. Ketajaman fikrah Islami amat perlu di era kini ( Era maklumat / era manusia berfikir , tetapi mereka berfikir dengan fikiran yang dikuasai oleh fikrah jahiliyyah moden yang hanya berorientasikan fikrah maddiah.

Untuk membina kekuatan ini, kita mesti berani tampilkan diri , banyak membaca dan mengadakan perbincangan ilmiah. Tidak semua isu boleh diselesaikan dengan demontrasi . Kita tidak mahu pemuda dilihat terkebelakang dalam era penguasaan maklumat dan ilmu tanpa menafikan pentingnya penguasaan emosi seperti demontrasi .

Sebahagian dari kalangan kita masih tidak menguasai ilmu . Masih ada , usahkan nak jadi pemidato Islami yang mampu mengutarakan fikrah-fikrah Islamiyyah yang mantap kepada masyarakat, nak mengemukakan soalan kepada penceramah pun , masih ada lagi pemuda yang menulis dikertas untuk diajukan.

Perbincangan kita pula banyak berkisar kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan remeh temeh (yang tidak membawa manfaaat kepada jamaah seperti mengumpat, mencela dsbnya.)

Tiga kekuatan iaitu Jismiyyah, Rohiyyah, dan Fikriyyah saling berantaian. Kalau hanya badan sihat , angkat peti sejuk dan simen 2 bag larat dan kuat tanpa bantuan orang lain, tapi malang subuhnya adalah subuh gajah ( lewat ) . Ini tidak boleh terjadi. Kuat beribadat tapi jumud , juga sia-sia . Bukan kita sahaja yang mahu ke syurga. Jadi, Islam perlu disebarkan dan ini memerlukan pemikiran yang haraki .

Kemudian . fikrah jelas, hebat berfikir tapi darah tinggi seusia muda , sakit kepala sepanjang masa, sakit otot, dan macam-macam lagi… macamana mahu berkhidmat? Akhirnya semua aktiviti dan program tergendala disebabkan kita tidak memiliki tiga kekuatan yang telah digariskan .

Kita jangan banyak dalih dan lengah, pastikan tiga kekuatan ini dapat dikumpulkan semaksima mungkin . Demi Islam dan perjuangannya . Bila lagi kita nak berubah dan berusaha gigih untuk memiliki kemampuan dan kekuatan ini . Bukankah kita bercita – cita besar untuk menang dan seterusnya mendaulatkan syariat Islamiyyah di muka bumi Allah amnya dan di tanahair kita khasnya .

Kalau benar ini menjadi cita – cita kita , Wahai manusia yang berjenama Ustaz, Prof, Dr, intelektual ! lupakan segala karenah dan masalah peribadi atau masalah remeh-temeh . Hindarkan jua masalah yang hanya dicetuskan oleh media . Telah tiba waktunya kita memberi keutamaan kepada persoalan amal Islami dan bagaimana implementasikannya di era ini demi masa depan ummah .

Wallahu A’lam

2 komen...?:

NuSaNa NoSa 91 said...

bila menyebut pasal "peperangan pemikiran".. teringat video2 "The Arrival"..
betapa hebatnya perancangan pihak2 Yahudi utk menjatuhkan Islam tanpa kita semua sedari.. na'uzubillah~

Khairuddin Isa said...

Walau selemah mana pun kita, kita tetap kena lawan musuh2 Allah dan Rasul Allah sedaya mungkin . Pohonlah kekuatan dari Allah; kekuatan Jismiyyah, Rohiyyah, dan Fikriyyah...